Photobucket
MOHAMAD AMIRUL AZIZ
STUDENT KISMEC 07-08
SUNGAI PETANI,KEDAH
http:/darkcrown.blogdrive.com

B@C@NG BLOGSITE

Buat pengetahuan semua, saya adalah pelajar KISMEC (Kedah Industry Skills Management and Development Centre) dalam jurusan Juruteknik Rangkaian Komputer...

Pada pendapat saya, KISMEC adalah pusat pembelajaran yang sangat bagus. KISMEC adalah di bawah tajaan penuh pihak kerajaan. Selain menawarkan pelbagai kursus yang mantap, KISMEC juga turut menyediakan elaun yang tinggi.Ini termasuklah untuk lepasan SPM, STPM dan IPT yang meneruskan pelajaran mereka di sini.

Bagi mereka yang masih mencari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran, KISMEC adalah tempat yang sangat baik dan diiktiraf oleh pihak dari dalam dan luar negara. Untuk keterangan lanjut, layari....

  • WWW.KISMEC.ORG.MY

    Info pada blog ini adalah hasil daripada pembelajaran saya di KISMEC. Banyak lagi yang saya belajar di sini, tapi saya tidak sempat memaparkan kesemua benda yang telah saya pelajari pada blog saya ini. SORRY FOR THAT...

    Saya harap dengan adanya blog ini, ia akan membantu semua pihak yang memerlukan.. KENALI IT..MAJULAH DIRI

    TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA KISMEC 07-08...

    BE PROUD TO BE KISMEC STUDENT....PEACE ;)

    Photobucket

    Photobucket


  • << October 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30 31


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    Monday, October 29, 2007
    FUNGSI DAN CIRI-CIRI HUB,REPEATER,SWITCH,MODEM,NIC

    i)FUNGSI DAN CIRI-CIRI HUB

    Hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah. Hub selalunya didatangkan dengan switch dimana kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama. Selain itu, hub dikatakan sebagai tempat dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch yang akan menentukan bagaimana dan dimana is perlu dihantar. Didalam topologi sesebuah rangkaian, hub merupakan tulang belakang bagi rangkaian itu (main circuit). Hub adalah "back bone" kepada hampir semua rangkaian Ethernet kecuali untuk rangkaian 10 Base-2 dimana ianya hanya memerlukan 50 ohm penghantar dimana sebuah komputer tidak wujud dalam kabel. Ia memberi perkhidmatan satu sambungan ke rangkaian server atau hub yang lain. Sebuah hub mempunyai banyak bilangan port untuk disambungkan dengan kepala RJ-45. Setiap port boleh disambungkan kepada satu komputer sahaja. Jika anda ingin menyambungkan 10 buah komputer maka anda perlu mempunyai hub yang mempunyai 10 atau lebih port. Selain itu, ia tidak mengesan ralat atau menapis data namun ia menghantar data dari satu komputer kepada komputer lain yang bersambung dengan hub tersebut. Hub juga dikenali sebagai concentrator atau multistation accesss unit (MAU). Ianya membolehkan peranti seperti komputer, printer dan peranti storan dihubungkan kepada server. Ianya bertindak sebagai 'central connecting point' bagi kabel-kabel yang perlu disambungkan kepada server dan bagi setiap peranti dalam rangkaian

     

    ii)FUNGSI DAN CIRI-CIRI REPEATER

    Ia merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN seterusnya. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

     iii)FUNSI DAN CIRI-CIRI SWITCH

    Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

    iv)FUNGSI DAN CIRI-CIRI MODEM

    Modem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar(modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun faktor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti "server down" sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna.Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai "pendail" sekiranya telefon di pasangkan pada komputer.

    v)FUNGSI DAN CIRI-CIRI NETWORK INTERFACE CARD(NIC)

    Terdapat pelbagai jenis network interface card pada pelbagai pembekal yang berlainan.Untuk sistem komunikasi jaringan yang bagus seperti ARCnet,Ethernet,Token Ring.Banyak pc dipasang dengn sesuatu kad boleh berhubung dengan kad dari pembekal yang lain.Ia hanya boleh digunakan apabila menggunakan exotic product seperti thomas conrad networking system(TENS)(mempunyai ciri-ciri hight speed,copper cable or fiber optic base system)yang menghalang daripada satu jenis kad dari pembekal sahaja.Network Interface Card @ kad antara muka rangkaian merupakan sambungan fizikal antara satu rangkaian dengan komputer stesen kerja/workstation.Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman di mana ianya dipasang pada stot yang terdapat pada sesebuah komputer.

     

     

     

     

     

     

    Posted at 08:35 pm by mirulz

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry