 |
MOHAMAD AMIRUL AZIZ
STUDENT KISMEC 07-08
SUNGAI PETANI,KEDAH
http:/darkcrown.blogdrive.com
B@C@NG BLOGSITE
Buat pengetahuan semua,
saya adalah pelajar KISMEC
(Kedah Industry Skills Management
and Development Centre)
dalam jurusan Juruteknik
Rangkaian Komputer...
Pada pendapat saya,
KISMEC adalah pusat pembelajaran
yang sangat bagus.
KISMEC adalah di bawah
tajaan penuh pihak kerajaan.
Selain menawarkan pelbagai
kursus yang mantap, KISMEC juga turut
menyediakan elaun yang
tinggi.Ini termasuklah untuk
lepasan SPM, STPM dan IPT
yang meneruskan pelajaran
mereka di sini.
Bagi mereka yang masih
mencari-cari tempat untuk melanjutkan
pelajaran, KISMEC adalah tempat yang sangat
baik dan diiktiraf oleh pihak dari dalam
dan luar negara. Untuk keterangan lanjut,
layari....
WWW.KISMEC.ORG.MY
Info pada blog ini
adalah hasil daripada
pembelajaran saya di
KISMEC. Banyak lagi yang
saya belajar di sini, tapi saya
tidak sempat memaparkan kesemua
benda yang telah saya
pelajari pada blog saya ini.
SORRY FOR THAT...
Saya harap dengan adanya
blog ini, ia akan membantu
semua pihak yang memerlukan..
KENALI IT..MAJULAH DIRI
TERIMA KASIH BUAT SEMUA
WARGA KISMEC 07-08...
BE PROUD TO BE KISMEC
STUDENT....PEACE ;)
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Monday, May 05, 2008
Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.
Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah dihuraikan oleh pengkaji-pengkaji bidang ini.
1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)
Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak. Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari. Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan.
2) GENERASI KEDUA (1959-1964)
Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094)
3) GENERASI KETIGA (1964-1980)
la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder. Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.
4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)
Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)
Posted at 09:03 pm by mirulz
Permalink
Monday, October 29, 2007
FUNGSI DAN CIRI-CIRI HUB,REPEATER,SWITCH,MODEM,NIC
i)FUNGSI DAN CIRI-CIRI HUB
Hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah. Hub selalunya didatangkan dengan switch dimana kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama. Selain itu, hub dikatakan sebagai tempat dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch yang akan menentukan bagaimana dan dimana is perlu dihantar. Didalam topologi sesebuah rangkaian, hub merupakan tulang belakang bagi rangkaian itu (main circuit). Hub adalah "back bone" kepada hampir semua rangkaian Ethernet kecuali untuk rangkaian 10 Base-2 dimana ianya hanya memerlukan 50 ohm penghantar dimana sebuah komputer tidak wujud dalam kabel. Ia memberi perkhidmatan satu sambungan ke rangkaian server atau hub yang lain. Sebuah hub mempunyai banyak bilangan port untuk disambungkan dengan kepala RJ-45. Setiap port boleh disambungkan kepada satu komputer sahaja. Jika anda ingin menyambungkan 10 buah komputer maka anda perlu mempunyai hub yang mempunyai 10 atau lebih port. Selain itu, ia tidak mengesan ralat atau menapis data namun ia menghantar data dari satu komputer kepada komputer lain yang bersambung dengan hub tersebut. Hub juga dikenali sebagai concentrator atau multistation accesss unit (MAU). Ianya membolehkan peranti seperti komputer, printer dan peranti storan dihubungkan kepada server. Ianya bertindak sebagai 'central connecting point' bagi kabel-kabel yang perlu disambungkan kepada server dan bagi setiap peranti dalam rangkaian

ii)FUNGSI DAN CIRI-CIRI REPEATER
Ia merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN seterusnya. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

iii)FUNSI DAN CIRI-CIRI SWITCH
Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

iv)FUNGSI DAN CIRI-CIRI MODEM
Modem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar(modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun faktor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti "server down" sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna.Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai "pendail" sekiranya telefon di pasangkan pada komputer.

v)FUNGSI DAN CIRI-CIRI NETWORK INTERFACE CARD(NIC)
Terdapat pelbagai jenis network interface card pada pelbagai pembekal yang berlainan.Untuk sistem komunikasi jaringan yang bagus seperti ARCnet,Ethernet,Token Ring.Banyak pc dipasang dengn sesuatu kad boleh berhubung dengan kad dari pembekal yang lain.Ia hanya boleh digunakan apabila menggunakan exotic product seperti thomas conrad networking system(TENS)(mempunyai ciri-ciri hight speed,copper cable or fiber optic base system)yang menghalang daripada satu jenis kad dari pembekal sahaja.Network Interface Card @ kad antara muka rangkaian merupakan sambungan fizikal antara satu rangkaian dengan komputer stesen kerja/workstation.Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman di mana ianya dipasang pada stot yang terdapat pada sesebuah komputer.

Posted at 08:35 pm by mirulz
Permalink
Tuesday, September 18, 2007
INSTALL NETWORK EQUIPMENT
MODEM
~Modem adalah perkakasan yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna lain dengan menggunakan wayar telefon,kabel ataupun langsung tidak menggunakan wayar.Perkataan modem adalah gabungan dua perkataan iaitu MODULATOR dan DEMOLATUR yang bermaksud mengubah sesuatu frekuensi @ amplitud.modem akan menukar signal jenis digital ke analog
--->tukar signal digital---->analog
analog---->digital
signal analog 
signal digital 
dan sebaliknya kerana radio atau sistem telefon menggunakan gelombang jenis analog manakal komputer pula menggunakan gelombang jenis digital.Adalah menjadi masalah kerana komputer tidak dapat menghantar data ke komputer lain melalui talian telefon kerana gelombang yang digunakan adalah berbeza.Modem akan menjadi perantara dengan menukar gelombang tersebut.
  
MODEM
-internal modem-kad sirkit
-external-USB modem,PCMCIA modem
INTERNAL MODEM
- Modem jenis kad sirkit
- Digunakan dengn memasang atau melekatkannya pada litar PCI
- Dikenali sebagai PCI modem
- Lebih murah kerana buatannya lebih ringkas tanpa memerlukan kabel dan senang senang dipasang tanpa memerlukan kabel
- Terdapat 2 modem jenis ini iaitu software dan hardware modem
- Software modem adalah modem yang menggunsksn software khas untuk menjalankan sistem processor PC bagi menjalankan fungsi modem tersebut
- Hardware-perkakasan sendiri untuk menjalankan modemnya
- Mudah disambar kilat berbanding external modem
- Fleksibel
EXTERNAL MODEM
- Dipasarkan dalam bentuk kotak dalam pelbagai rupa
- Dihubungi melalui kabel ke port komputer 1 atau komputer2 atau port yang bersesuaian dengan PC
- Lebih mahal berbanding internal modem
- Lebih baik kerana menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan fungsi modem tersebut
- Fungsi modem tersebut tidaj seperti software modem yang lain.Pemindahan data melalui internet lebih cepat
FAKTOR PEMILIHAN
- Budget
- Pemakaian
- Kelajuan
-Walaupun ada modem yang lebih baik dari yang lain tidak bermakna modem yang lain tersebut tidak boleh digunakan
-Kebanyakan modem yang murah mengambil masa yang lambat untuk mendapat connection serta tidak mendapat kepuasan layaran yang diharapkan
-Pengguna juga perlu tahu kenapa modem diperlukan.Sekiranya modem dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi kerja-kerja khusus,download dan upload,modem yang lebih laju connection speed adalah lebih sesuai.Modem ini adalah lebih mahal tetapi pelayaran adalah baik
-Kelajuan merujuk kepada keupayaan modem menghantar dan menerima data melalui talian tetap telefon.Modem yang lebih mahal mempunyai [perkakasan serta perisian yang baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut.Selain itu juga,ia mempunyai fungsi untuk bertindak sebagai fax modem serta mempunyai keupayaan suara.Pada masa ini kelajuan yang paling tinggi atau maksimum dapat diterima oleh modem biasa melalui talian telefon adalah 56,600bps.Adalah menjadi kepercayaan bahawa talian telefon biasa hanya dapat memindahkan data pada had laju maksimum 33.6kbps melalui dawai tembaga,tetapi dengan terciptanya teknologi terbaru yang dinamakn sebagai K56flex,data melalui talian telefon tembaga ini dapat dipindahkan sehingga kelajuan 56.6kbps.Dengan ini wujudlah sekarang apa yang dikenali sebagai K56flex version 90 modem
-Base 90 adalah protokol di mana suatu modem perlu ada untuk mencapai tahap pemindahan selaju 56kbps.Walau bagaimanapun kelajuan ini hanya dapat dicapai sekiranya kos server menggunakan modem jenis yang sama.
PROTOKOL KADAR TRANSMISI MAKSIMUM
Bell 103 300bps
CCITT v.21 300bps
Bell 212A 1,200bps
ITU v.22 1,200bps
ITU v.22bis 2,400bps
ITU v.29 9,600bps
ITU v.32 9,600bps
ITU v.32bis 14,400bps
ITU 34 36,600bps
ITU 90 56,600bps
*ITU = International Telecomunication Union
(badan yng mewujudkan standart komunikasi)
Posted at 06:06 pm by mirulz
Permalink
Monday, August 20, 2007
INSTALL COPPER NETWORK CABLING
Jenis-Jenis Kabel Rangkaian
-Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkain ke satu peranti rangkaian yang lain.Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan,namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu kabel dibenarkan.Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan topologi,protokol dan saiz rangkaian memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkain adalah perlu untuk membina rangkaian network yang baik.
Penggunaan kabel ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:-
1)Kos yang akan digunakan
2)Jarak yang diperlukan
3)Jumlah komponen yang digunakan
4)Kelajuan yang dikehendaki
Jenis-Jenis Kabel
Terdapat tiga jenis kabel yang biasa digunakan dalam sesuatu rangkaian:-
1)Twisted Pair Cable-unshielded
-shielded
2)Coaxial Cable
3)Fiber Optic
4)Wireless
Twisted Pair Cable
terdapat dua jenis twisted pair iaitu shielded dan unshielded.Lebih kerap digunakan dan merupakan pilihan yang baik terutama untuk rangkaian di sekolah.Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi.Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang yang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau peranti elektrik yang lain.

contoh susunan kabel UTP

susunan kabel UTP(pintalan)

unshielded twisted pair(UTP)

Kabel STP

Contoh kabel STP
Posted at 11:34 pm by mirulz
Permalink
CONDUCT PRE-INSTALLATION HARDWARE SOFTWARE INSPECTION
-Perisian Komputer
Perisian komputer merupakan salah satu program dan prosedur yang berkait rapat dengan operasi sebuah komputer.Ini merupakan program yang terlalu penting kepada sebuah komputer.Umumnya tujuan utama komputer mesti ada satu sistem pengendalian yang beroperasi untuk menjalankan program-program lain.Sistem pengendalian menjalankan tugas-tugas asasi seperti mengiktiraf input dari papan kekunci.Penghantaran keluaran untuk paparan skrin,simpan fail-fail cakera dan mengawal perisian peranti seperti driver printer.

contoh perisian
Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
- Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
Posted at 01:34 am by mirulz
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|